Perak Hari Ini

Mafia Kuala Sepetang: Polis Diminta Buat Siasatan Menyeluruh

Kerajaan negeri sama sekali tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pihak dalam perkara yang menyentuh soal keselamatan rakyat dan negeri itu.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini memohon semua pihak yang terbabit bertanggungjawab termasuklah pihak polis menjalankan siasatan terperinci berkenaan isu mafia yang dikaitkan dengan Kuala Sepetang dekat Taiping, baru-baru ini.

“Tiada sebarang perkara atau rahsia yang disembunyikan oleh kerajaan negeri dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pasti mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

“Kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan meminta agar  pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung perkara tersebut,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, pihak berkuasa itu lebih maklum mengenai senario sebenar dan kerajaan negeri  juga tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terbabit.

“Kita perlu mengambil dan menilai perkara ini secara objektif tanpa menuduh mana-mana pihak pada peringkat ini,” katanya lagi.

Tambah Zambry lagi, laporan menyeluruh dijalankan untuk membuktikan kesahihan dakwaan itu bagi memastikan laporan akhbar itu sahih atau tidak.

“Penggunaan perkataan ‘mafia’ merupakan sesuatu yang mengerunkan dan siasatan perlu dilakukan untuk membuktikan dakwaan itu,” katanya lagi.

Beliau dalam pada masa yang sama tidak menafikan beberapa kawasan di negeri itu berhadapan dengan masalah seumpama itu namun penggunaan istilah ‘mafia’ telah menimbulkan perhatian khusus semua pihak untuk membuktikannya.

“Kerajaan negeri tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuklah ahli politik yang didakwa turut terlibat.

“Laporan  berkenaan perlu dilihat secara objektif supaya tidak menjejaskan industri pelancongan dan kehidupan masyarakat di situ,” tegasnya lagi.

Gambaran kenyataan akhbar tempatan tersebut juga katanya, tidak mencerminkan situasi yang berlaku di Kuala Sepetang, hari ini.

“Setiap laporan yang dikeluarkan mestilah bertanggungjawab dan agensi pihak berkuasa perlu membuat siasatan kerana perkara ini menyentuh soal keselamatan yang tidak boleh dikompromi….. semua pihak perlu bertanggungjawab,” tegas beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");