Jenayah

Mahyudin ditemui mati lemas

BERA – Mayat Mahyudin Mat Said, 32, yang dilaporkan hilang bersama seorang rakannya di Sungai Triang kelmarin, ditemui pasukan penyelamat pagi semalam.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, mayat mangsa ditemui tersangkut di dasar sungai oleh pasukan penyelam bomba kira-kira jam 9.30 pagi di kawasan berhampiran lokasi mangsa didakwa hilang.

“Mangsa yang hanya memakai seluar dalam ditemui dalam keadaan sempurna tersangkut pada dahan kayu dalam sungai berkenaan, namun kita belum menemui mayat rakan mangsa iaitu Al Fadhilah Mat Besah, 29 dan sehingga kini, polis tidak dapat mengesahkan sama
ada rakan mangsa turut lemas atau melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang diklasifikasikan mati mengejut itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat.

Mahyudin dan rakannya Al Fadhilah dikhuatiri lemas kelmarin di Sungai Triang berhampiran Kampung Gemuruh dan Kuala Triang kira-kira jam 2.30 petang.

Difahamkan seorang penduduk yang berada berdekatan sungai berkenaan ternampak mangsa meminta pertolongan sebelum dibawa arus deras.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Triang, Penolong Penguasa Bomba, Jalaludin Abdul Mubin berkata, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada jam 6.30 petang semalam.

“Operasi akan diteruskan pada awal pagi esok, (hari ini)” katanya.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");