Jenayah

Mayat bayi ditemui di parkir pusat beli belah

KLANG – Mayat seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemui dalam keadaan dihurungi semut di kawasan letak kereta sebuah pusat membeli belah di Bukit Tinggi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan meniarap dan ditutup dengan surat khabar serta plastik berwarna merah pada pukul 7.52 pagi.

“Mayat bayi itu dijumpai bersama tali pusat serta uri belum dipotong. Mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Beliau turut meminta orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk melaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33719999.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");