Jenayah

Nahas dua kereta bertembung di Kota Tinggi ragut lima nyawa

JOHOR BAHRU: Seorang lagi maut menjadikan lima terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta bertembung di Kilometer (KM) 61.2, Jalan Kota Tinggi-Mersing, malam tadi.

Mohd Nizam Hassan, 29, yang cedera parah di kaki dan dada akibat tersepit di tempat duduk belakang, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), dekat sini, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Sebelum ini rakan Mohd Nizam, Muhamad Fayad Abdul Rahman, 21 meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi rakan mereka, Muhammad Shafie Pechek, 21, disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Kota Tinggi.

Selain itu dua beradik, Rosmah Muda, 28 dan adiknya, Fatimah, 24, turut meninggal dunia di tempat kejadian, manakala adik mereka, Nur Shafikah, 14, cedera parah dan kini dirawat di HSI.

Kemalangan jam 10 malam itu dipercayai berlaku ketika dua beradik itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Endau, untuk bermalam di Kota Tinggi kerana perlu menjalankan kerja andaman pengantin di FELDA Air Tawar.

Manakala tiga sahabat itu dalam perjalanan pulang ke Mersing selepas memberi peralatan bengkel kereta dan makan malam di Kota Tinggi.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");