Sukan Hari Ini

Neymar dalam radar skuad Olimpik Brazil

SAO PAULO (Brazil): Bintang Barcelona, Neymar akan disenarai sebagai salah seorang daripada tiga pemain lebih umur dalam skuad Olimpik Brazil 2016 di laman sendiri, kata pengurus pasukan, Alexandre Gallo.

Pingat emas temasya Olimpik adalah satu-satunya gelaran elit yang belum pernah dimenangi Brazil dan sekalipun berbaki dua tahun sebelum Rio de Janeiro menganjurkan temasya sukan terbesar dunia itu, tekanannya sudah terasa.

Gallo berkata dia akan memanggil Neymar selain dua lagi pemain lebih umur untuk bersama pasukan Brazil dalam kempen kali ini.

Semua pasukan diwajibkan untuk menurunkan skuad di bawah usia 23 tahun namun dibenarkan untuk menyenaraikan tiga pemain yang melebihi usia itu.

“Saya akan mengambil ketiga-tiga pemain itu,” kata Gallo dalam satu temubual bersama Sportv. “Mungkin juga dua. Salah satunya adalah Neymar.

“Kamu tidak boleh berfikir mengenai bola sepak Brazil tanpa memikirkan dirinya,” katanya.

Keputusan itu bermakna Neymar akan mengharungi jadual cukup jerih pada 2016.

Selain Olimpik yang dijadualkan pada Ogos, Amerika Syarikat juga akan menjadi tuan rumah kejohanan Copa America yang berlangsung pada tahun sama pada Jun.

– Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");