Membawang Hari Ini

Nurul Wahab rahsia dulu jantina anak

KUALA LUMPUR: Sejak mengandungkan anak kedua masuk usia enam bulan, Nurul Wahab mengakui tidak terlalu mengidam yang bukan-bukan sebaliknya selera makannya kian bertambah saban hari.

Justeru, tidak hairanlah perutnya semakin membesar.

Suaminya, Eric Daniel Depp pula hanya muntah-muntah sebelum ini tetapi kini sudah tidak lagi. Nurul juga sedang sibuk menguruskan bazar yang dipanggil An Intimate Bazaar Of Health & Fashion pada 9 November ini.

“Sejak mengandung ni apa yang penting depan mata kena ada makanan. Saya juga akan minum air herbal untuk mengimbangi aspek kesihatan. Salad pun sesekali saya gemar. Tapi kadang-kadang selera ini tak menentu.

“Sekejap nak rasa makanan Barat dan sekejap nak makanan Melayu. Bayangkan kalau jumpa masakan ikan Patin sebelum ini bukan main berselera saya. Tapi masakan Melayu itu pendek kata kena ada. Cuma saya tak boleh makan daging ketika hamil kali ini. Tak tahulah sebab apa,” kata ibu kepada Zachary Depp yang dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sempat bertanya mengenai jantina anak keduanya itu, Nurul bagaimanapun mengunci mulut dan lebih selesa memberi kejutan buat sementara waktu.

“Saya belum mahu umumkan jantina anak ini. Tapi saya akan umumkan di blog saya di www.nurulwahabdepp.wordpress.com,” katanya sambil ketawa manja.

Mengenai bazar bersifat intim yang diilhamkan beliau itu, Nurul berkata semuanya bermula sekitar dua minggu lalu.

Sepatutnya penyanyi lagu Kerana Terluka ini menyertai karnival baru-baru ini tetapi atas beberapa masalah beliau tidak dapat menyertainya.

“Jadi daripada tunggu menyertai karnival yang dianjurkan orang lain, kenapa tidak saya sendiri anjurkan. Alhamdulillah bazar ini mendapat sokongan kawan selebriti saya sendiri seperti Ning Baizura, Daphne Iking, Ayie Stailista dan Dynas Mokhtar.

“Memang ramai rakan artis yang diketahui mempunyai barang koleksi sendiri yang ingin dijual. Jadi usaha ini mendapat lampu hijau daripada mereka. Cuma berbeza dengan bazar lain, bazar ini menggabungkan fesyen dan kesihatan.

“Bazar ini memang bersifat intim kerana ia membabitkan ruang yang terhad iaitu di Tingkat 2, Regency Tower Apartmen di Jalan Ceylon. Kalau buat besar-besaran sudah tak jadi intim pula. Jadi mungkin ini sebagai permulaan untuk sesuatu yang baik,” katanya.

Nurul Wahab sendiri akan menjual baju kurung Pahang dan kasut dari rangkaian jenamanya sendiri iaitu Newrules Collection.

“Saya akan jual baju kurung selain kain ela juga. Kasut ada lagi sembilan pasang yang saya ingin jual. Gaun koleksi sendiri yang pernah digayakan sebelum ini ketika membuat persembahan juga saya akan jual. Semua barang saya akan jual bermula dari RM50 hingga RM300.

“Kalau nak tahu apa yang teman selebriti saya jual, kenalah datang 9 November ini okey!,” katanya yang berkahwin dengan Eric pada 6 Jun 2012.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");