Perak Hari Ini

Orang Ramai Digalakkan Dapat Khidmat Nasihat Penggunaan Strobe Light, Nombor Pendaftaran

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengalu-alukan kedatangan orang ramai bagi mendapatkan khidmat nasihat berkenaan peraturan nombor pendaftaran, penggunaan Strobe Light dan Lampu HID yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 November ini.

Menurut Pengarah JPJ Perak, Ramli Awang, evokasi terhadap penggunaan cermin gelap pula akan dikuatkuasakan bermula 1 Mei depan.

“Sebelum tempoh penguatkuasaan bermula, pihak JPJ mengalukan para pemilik kenderaan untuk hadir ke jabatan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan memeriksa kenderaan mereka supaya mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas turut serta dalam operasi pemeriksaan nombor plat kenderaan, Strobe Light dan lampu HID di Jalan Kuala Kangsar, dekat Ipoh malam tadi.

Jelasnya lagi, mengikut kesalahan Akta Pengangkutan Jalan Kaedah 5 (1) dan Kaedah 6, denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM3,000 ditetapkan bagi kesalahan nombor pendaftaran.

“Bagi kesalahan Strobe Light dan lampu HID pula, denda tidak lebih RM2,000 atau penjara 6 bulan manakala bagi kesalahan kedua, hukuman denda RM4,000 dan tidak lebih 12 bulan penjara akan dikuatkuasakan mulai 1 November ini,” tegasnya lagi.

Sementara itu, dalam operasi pemeriksaan nombor pendaftaran, penggunaan Strobe Light dan Lampu HID yang bermula pada jam 8 malam tadi, sebanyak 510 kenderaan diperiksa dan sejumlah 22 saman, notis (15) dikeluarkan dengan keseluruhannya membabitkan 62 kes.

Operasi kali ini melibatkan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan cawangan Perak (AADK) yang diwakili lapan orang pegawai dan turut disertai 39 pegawai JPJ.

Katanya lagi, setakat ini, 2,991 buah motosikal telah diperiksa bagi kesalahan nombor pendaftaran dan sekitar 11,000 pemilik kenderaan lagi telah diberikan nasihat supaya membetulkan kesalahan berkenaan.

Dalam sekatan berkenaan itu juga, seorang remaja lelaki berusia 25 tahun turut ditahan kerana positif syabu manakala 18 orang dikehendaki menjalani ujian air kencing.

Jelas Ketua Penguatkuasa AADK Perak, Zulnaidi Mat Taib,sampel air kencing lelaki berkenaan akan diuji untuk  mendapatkan keputusan yang tepat dan jika sabit kesalahan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Penagih Dadah dan Pemulihan 1983 sama ada boleh dimasukkan ke pusat pemulihan selama dua tahun atau menjalani pengawasan selama dua tahun.

Bermula 1 November depan, kadar baharu ketelusan cahaya yang dibenarkan adalah seperti berikut, cermin hadapan:70 peratus; cermin sisi hadapan: 50 peratus; cermin sisi belakang: 30 peratus dan cermin belakang: 30 peratus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");