Jenayah

Padah mencuri di surau

SEREMBAN – Seorang wanita terpaksa meringkuk dalam penjara selama 10 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, di sini semalam atas pertuduhan mencuri di surau Seremban Prima di sini, Sabtu lalu.

Tertuduh, Nurhidayaah Rosli, 26, yang bekerja sebagai juruwang turut didenda RM2,500 dan penjara tujuh hari oleh mahkamah majistret berasingan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit jenama Samsung S2.

Jika gagal menjelaskan denda berkenaan, dia berdepan hukuman penjara tiga bulan yang berjalan dari tarikh tangkap.

Mengikut pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Izuan Mohamed Noh, tertuduh ketika berada di surau yang digunakan tempat beribadat dengan niat mengambil barang milik Maimunah Mohammad Isa iaitu sebuah beg serta dompet
mengandungi wang tunai RM35 serta kad rawatan milik mangsa tanpa meminta kebenaran.

Pendakwaan bagi kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Manakala kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Aslamiah Jamil, tertuduh berdepan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit jenama Samsung S2 milik Fauzillah Zaidi, 43.
Kedua-dua kesalahan dilakukan kira-kira 5 petang, 18 Oktober lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Kaiyisah Shukri dan Nabilah Mohammad Zanudin, manakala tertuduh diwakili peguam, A. Partheeban.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");