Sukan Hari Ini

Pahang Tumpaskan Kedah 5-0, Sertai Final Piala Malaysia

Pemain Pahang meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Kedah 5-0. -foto NIK NAIZI HUSIN/The Star:-

KUANTAN: Pahang berjaya menempah slot ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menumpaskan Kedah dengan agregat 6-3 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini.

Skuad Tok Gajah berpesta gol di halaman sendiri apabila berjaya mencipta lima gol tanpa balas.

Pada babak pertama perlawanan, tuan rumah selaku penyandang Piala Malaysia dilihat berusaha bermati-matian mencari gol awal untuk memberi semangat ekoran ketinggalan 1-3 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Skuad Tok Gajah berjaya memecah kebuntuan seawal minit ke-4 menerusi Matias Ruben Conti yang menanduk bola masuk ke gawang lawan selepas menyambut tendangan sudut Azidan Sarudin.

Gol kedua Pahang pula hadir pada minit ke-25 menerusi R. Gopinathan yang merembat kencang di dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Saiful Amar Sudar.

Pada minit ke-29, Azidan sekali lagi menjadi pencetus apabila melakukan hantaran silang sebelum disambar oleh Conti untuk meledakkan gol ketiga untuk Pahang.

Conti muncul penjaring hatrik pada perlawanan ini selepas menjaringkan gol keempat Pahang pada minit ke-36 rentetan gerakan menarik Dickson Nwakaeme yang menggelecek ke dalam kotak penalti sebelum melakukan hantaran kepada penyerang berbisa itu.

Pada awal babak kedua perlawanan, Kedah dilihat beraksi agresif melakukan serangan ke arah kubu Pahang untuk mengurangkan defisit gol, namun berjaya dikekang barisan pertahanan skuad Tok Gajah.

Pada minit ke-73, Nwakaeme beraksi cemerlang apabila melakukan larian dari tengah padang sehingga masuk ke kotak penalti sebelum merembat kencang membolosi gol lawan, menjadikan keputusan 5-0.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah hadir menyaksikan perlawanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");