Jenayah

PDRM tidak pernah tolak penubuhan IPCMC – Khalid

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menolak atau membantah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Beliau berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan kerana ia tidak memberikan hak sebenar PDRM selaku agensi keselamatan.

“IPCMC kita tidak pernah membantah, cuma kita tidak bersetuju dengan terma yang diusulkan di mana tidak memberikan hak kepada warga PDRM seolah-seolah PDRM ini ‘second class citizen’ (warga kelas kedua) yang tiada hak di bawah undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Upacara Pengiktirafan Kuda-kuda Baru PDRM di Unit Berkuda, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras di sini, pagi tadi.

Khalid berkata, pihaknya sedang menunggu cadangan pihak pemantau dan akan mengkaji terlebih dahulu cadangan agar PDRM mengkaji semula penubuhan IPCMC.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");