Sukan Hari Ini

Penyokong malang salah maklumat

Temerloh: Kecewa ditipu ulat tiket tahun lalu, lima penyokong setia Pahang dari Jerantut sanggup berada di Stadium Mini Temerloh seawal jam 7 pagi semalam untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini.

Bagaimanapun nasib mereka dirundung malang apabila terpaksa pulang tangan kosong apabila tiket yang mereka harapkan masih tidak dijual di kaunter stadium itu.

Menurut salah seorang daripada penyokong itu Rozaimi Abdul Malek, 23, mereka mendapat maklumat tiket sudah dijual di semua daerah seluruh Pahang termasuk di Temerloh semalam.

“Saya sampai di stadium ini kira-kira jam 7 pagi untuk membeli tiket, tapi terkejut apabila melihat notis ditampal di kaunter yang mengatakan jualan tiket final Piala Malaysia diadakan esok (hari ini).

“Melalui maklumat daripada berita dan rakan-rakan, tiket sudah dijual hari ini (semalam) dan sekarang kami tidak tahu mana satu yang betul,” katanya.

Bagaimanapun melalui tinjauan Harian Metro semalam mendapati bukan Rozaimi saja yang kecewa malah berpuluh-puluh lagi penyokong yang menyusul selepas itu ke Stadium Mini Temerloh turut pulang hampa.

Menurut Rozaimi kali ini dia bertekad untuk membeli tiket sendiri dan tidak mahu membeli menerusi orang tengah kerana tidak mahu terbeli tiket palsu seperti dialami sebelum ini.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");