Perak Hari Ini

Perancangan Naiktaraf Gerbang Malam Sedang Diteliti

Kerajaan negeri sedang menyediakan perancangan rapi untuk menaiktaraf kawasan Gerbang Malam yang menjadi tarikan pelancong ke bandar raya Ipoh sejak lebih 10 tahun lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi, perancangan itu juga perlu bagi memastikan operasi perniagaan lebih 200 penjaja yang beroperasi di situ berjalan lancar.

“Sememangnya kerajaan negeri sudah mempunyai pelan untuk membangunkan lagi kawasan Gerbang Malam.

“Di situ terdapat kira-kira 200 penjaja dan setiap malam kita lihat daya tarikan pengunjung memang cukup ramai,” katanya.

Beliau berkata lagi, para peniaga akan dapat melihat perubahan bagi kawasan tersebut tidak lama lagi.

“Insyaallah….kawasan itu dalam perancangan untuk pembangunan dan kemungkinan pada tahun depan, kita lihat akan ada penambahbaikan di kawasan tersebut,” katanya

Beliau berkata demikian kepada Peraktoday.com.my ketika mengulas usaha kerajaan dalam menaik taraf kawasan yang tersenarai sebagai produk pelancongan di negeri itu.

Dua hari yang lalu, Peraktoday.com.my telah melaporkan berkaitan peniaga di Gerbang Malam di Jalan Tahwil Azhar yang menuntut janji yang telah dibuat oleh kerajaan negeri untuk menaik taraf kawasan perniagaan mereka.

Rata-rata peniaga memohon kerajaan negeri memberi perhatian terhadap kawasan yang menjadi tumpuan para pelancong yang datang bercuti di negeri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");