Berita Hari Ini

Pesawat Berlepas Tanpa Bagasi, Penumpang Terkandas Di Landasan Heathrow

KEROSAKAN besar pada sistem komputer mencetuskan kekecohan di Lapangan Terbang Heathrow di London pada malam Sabtu waktu tempatan menyebabkan sistem bagasi lapangan terbang itu mengalami masalah dan pesawat tidak dapat memakir di pintu masing-masing untuk mengeluarkan penumpang:-

Beratus-ratus penumpang pada Sabtu terkandas di tarmac landasan terbang selama beberapa jam. Pada masa sama, pesawat-pesawat yang mahu berlepas turut dihalang daripada meninggalkan lapangan terbang di London itu.

Seorang jurucakap Lapangan Terbang Heathrow mengakui terdapat masalah pada sistem komputer tetapi menegaskan ia bukan punca yang mengakibat sebarang kelewatan penerbangan.

Katanya, juruterbang-juruterbang bagi pesawat terlibat telah tersilap memaklumkan kepada mana-mana penumpang yang memikirkan sebaliknya.

Kegagalan sistem komputer itu turut mencetuskan kemarahan orang ramai di dalam terminal dan menghairankan apabila banyak pesawat British Airways (BA) dikatakan terpaksa berlepas tanpa membawa bagasi penumpang bagi mengurangkan tekanan di lapangan terbang.

Seorang penumpang, Karen Theedom menulis di akaun Twitternya: “Kami akan berlepas, tanpa bagasi! Saya memang pandai berjenaka. Saya dengar NYC (Bandaraya New York) adalah tempat yang baik untuk membeli-belah!”

Seorang lagi penumpang malang yang tiba di Hong Kong terlepas penerbangan berikutnya ke Taipei apabila dia menyedari bagasinya masih di London.

Walaupun sistem komputer itu didakwa kembali pulih dan beroperasi pada pukul 9 malam, ramai penumpang meluahkan rasa kecewa mereka kerana masih berada di dalam pesawat sehingga pukul 1 pagi.

Sally Silver menulis di Twitternya: “Kami sudah berada di dalam pesawat selama satu setengah jam di #heathrow dan masih lagi menunggu! Kenapa biarkan kami semua naik pesawat apabila mereka tahu kami tak akan bergerak ke mana-mana.”

Kebanyakan penerbangan yang terjejas akibat insiden itu ialah British Airways.

Menurut satu kenyataan daripada syarikat penerbangan itu: “Kami mengalami gangguan yang menyebabkan masalah berlaku di salah satu sistem komputer di Lapangan Terbang Heathrow.

“Kami bekerjasama dengan lapangan terbang untuk menyelesaikan perkara ini dan para pelanggan perlu membuat semakan di ba.com untuk mengetahui maklumat paling baharu mengenai penerbangan mereka.

“Kami mohon maaf terhadap sebarang masalah yang menjejaskan rancangan penerbangan para pelanggan.”

– Dailymail

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");