Sukan Hari Ini

Piala Suzuki AFF: Nike lancar jersi baharu Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Jersi baharu skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Piala Suzuki AFF 2014 di Singapura pada 23 November menampilkan corak berjalur kuning-hitam yang mengambil inspirasi jersi skuad kebangsaan pada tahun 1958.

Jersi utama dan kedua skuad Harimau Malaya yang berwajah baharu itu dilancarkan di Nike Store, Pavilion KL di sini, petang tadi.

Majlis memperkenalkan jersi utama (gelanggang sendiri) dan jersi kedua (gelanggang lawan) yng berwarna biru itu dilakukan oleh Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Robin Kok.

Bagaimanapun, jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh dan pemain kebangsaan tidak menghadiri majlis itu.

Peminat dan penyokong bola sepak negara boleh membeli jersi baharu berkenaan dengan harga RM249 sehelai bermula hari ini di Nike Pavilion Bukit Bintang, Nike KLCC, Nike Sunway Pyramid, TFC Lot 10 dan Al-Ikhsan KL Festival City.

Penjualannya di seluruh negara pula akan bermula esok.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");