Perak Hari Ini

PIDD 2014: IDR, YBUDR Kumpul Idea Kreatif, Bantu Rakyat Perak Jana Pendapatan

PERAK TODAY4

Penubuhan Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBDUR) antara pendekatan yang diperkenalkan oleh kerajaan Perak untuk mengumpul idea kreatif dan membantu rakyat di negeri itu menjana pendapatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata gagasan Perak Amanjaya pula dilancarkan sebagai visi untuk mewujudkan pembangunan yang mapan berteraskan tiga perkara penting iaitu kualiti, peluang dan kehidupan.

Katanya lagi, isu tadbir urus yang baik dan kekayaan inklusif telah menjadi begitu kompleks dan mencabar.

“Sebuah syarikat tenaga global multinasional di Enron berhadapan dengan masalah muflis disebabkan oleh tadbir urus yang teruk,” katanya.

Tambah Zambry lagi, dari sudut positif pula, negara Turki boleh dijadikan contoh apabila berjaya menyelamatkan sosio-ekonominya daripada runtuh sekaligus muncul sebagai salah satu negara utama yang kukuh dalam kedua-dua bidang tersebut.

Jelasnya lagi, Malaysia pula mengutamakan pendekatan dengan penekanan terhadap kerajaan bekerja membantu rakyat.

“Tanpa tadbir urus yang baik, pentadbiran dan organisasi akan lumpuh kerana tadbir urus yang baik dapat membawa sesebuah pentadbiran dan negara kepada masa depan yang lebih cerah,” ulasnya lagi ketika menyampaikan ucaptama Pangkor International Development Dialogue (PPID) 2014 yang berlangsung di Hotel Swiss Garden Resort, dekat Lumut, hari ini.

PIDD membuka tirainya hari ini dengan sesi dialog pertama yang membincangkan topik ‘Tadbir urus yang baik untuk kemakmuran inklusif’ yang dibarisi oleh oleh panel-panel terdiri daripada tokoh koporat bidang ekonomi dalam dan luar negara.

Jelas Zambry lagi, klasifikasi bagi kekayaan inklusif sebelum ini telah diutarakan dalam persidangan Negara-Negara Bersatu (PBB) pada tahun 2012 yang turut dikenali sebagai Rio+20.

“Kemakmuran inklusif merangkumi aset kapital seperti sumber alam serta ekosistem manakala penghasilan kapital pula merangkumi mesin, pembangunan serta pendidikan, kesihatan dan kemahiran,” katanya.

Sementara itu, PIDD tegasnya, merupakan persidangan yang menghimpunkan pengetahuan, pengalaman, informasi dan perkongsian ilmu untuk mengurus tadbir dengan lebih baik.

PIDD 2014 berjaya menghimpunkan para panel seluruh negara seperti pakar inovasi dan kompotetif strategi dari Jepun, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Pengarah Urusan SME CORP Malaysia, Datuk Hafsah Hashim.

Jelasnya lagi, panel jemputan Morinosuke Kawaguchi sebagai contohnya, sudi berkongsi ilmu mengenai aspek memahami, rasa bangga menjadi diri sendiri serta mengenali potensi diri masing-masing.

“Bila anda mengesan potensi diri, ia pastinya akan membantu dan begitu juga dengan tahap kegembiraan berdasarkan kekayaan yang dikecapi,” katanya.

Dalam konteks Malaysia, ia diklasifikasikan berada di tahap sederhana dan masih memerlukan banyak penambahan daripada potensi sedia ada.

Sementara itu, Morisuke menegaskan, kehidupan rakyat Malaysia yang aman damai sesuatu perkara yang perlu dibanggakan.

“Saya ingin menggalakkan anda semua mengenali potensi diri, fokus dan bekerja keras,” katanya.

Jelasnya lagi, keamanan yang dicapai hasil perkongsian budaya perlu dipertahankan khususnya untuk masa depan generasi akan datang.

PERAK TODAY PERAK TODAY1 PERAK TODAY2 PERAK TODAY3 PERAK TODAY6 PERAK TODAY7 PERAK TODAY8 PERAK TODAY9

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");