Perak Hari Ini

Pondok Bas Uzur Cacatkan Pemandangan Bandaraya Ipoh

PERAK TODAY1

Orang awam yang menggunakan perhentian bas berhampiran Jalan Raja Musa Aziz, dekat Ipoh meminta pihak berwajib membaiki segera kemudahan itu yang sudah rosak.

Keadaan perhentian bas yang uzur itu dicacatkan lagi pemandangan pelbagai jenis iklan yang ditampal pada dinding dan tiang struktur bangunan.

Menurut orang awam yang ditemui, keadaan berkenaan sudah lama berlarutan tetapi tiada susulan diambil pihak berwajib.

“Selain pondok bas rosak, longkang berdekatan juga ditemui nyamuk hingga mencetuskan rungutan orang ramai,” katanya.

Melalui tinjauan Peraktoday.com.my ke lokasi pondok bas berkenaan mendapati keadaan pondok bas berkenaan mencacatkan pemandangan di situ.

PERAK TODAY

Kehadiran individu kurang siuman di kawasan itu juga turut merisaukan orang awam.

Sehubungan itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta agar membaikpulih kemudahan tersebut.

“Kawasan persekitaran pondok bas juga perlu diberi perhatian demi memberi keselesaan kepada orang awam.

“Tampalan poster iklan termasuklah iklan ceti haram dan ah long yang berleluasa dilihat memberi imej buruk kepada bandar raya ini jika tidak diberi perhatian.

“Pemandangan indah bandar raya Ipoh sejak kebelakangan ini cukup menyakitkan mata kerana kemudahan infrastruktur awam yang tidak diurus dengan baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");