Sukan Hari Ini

Presiden ATM ‘lepas’ jawatan

PERSATUAN Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (PBAT) menerima presiden baharu selepas panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin melepaskan jawatan itu semalam.

Jawatan berkenaan kini disandang Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor untuk menerajui persatuan itu musim depan.

Zul­kifeli berkata, secara umumnya beliau berpuas hati dengan pencapaian The Gladiators selepas lebih empat tahun menerajui kepimpinan pasukan.

Katanya, pasukan bimbingan B Sathianathan itu memerlukan kepemimpinan baharu dan beliau percaya pelantikan Raja Moha­med Affandi sebagai presiden akan membawa lebih banyak kejayaan kepada pasukan.

Sepanjang menerajui PBAT, Zulkifeli telah dianugerahkan Tokoh Special Award for Outstanding Contribution to Armed Forces Sport dan berjaya melakar pelbagai kejayaan.

Antara kejayaan yang di peroleh dia sepanjang menerajui PBAT selama empat tahun ialah Johan Liga Perdana Tahun 2012, membawa The Gladiators ke Liga Super pada 2013, Naib Johan Piala Malaysia Tahun 2012, melangkah ke pusingan akhir Piala Malaysia Musim 2012, 2013 dan 2014, dan PBAT layak bersaing Piala Malaysia semenjak 2010 hingga ke 2014.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");