Laporan Eksklusif

Projek e-Rezeki Untuk Kumpulan Rakyat B40 Tambah Pendapatan – Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis melancarkan projek e-Rezeki bagi rakyat Malaysia dalam kumpulan 40 peratus terendah (B40) dalam piramid pendapatan, kepada pendapatan domestik dan global.

“e-Rezeki akan dilaksanakan merentas pelbagai Pusat Kerja Digital. Pusat kerja ini boleh dalam bentuk Pusat Transformasi Bandar, Pusat Transformasi Luar Bandar, Kolej-kolej Komuniti dan masjid, bagi memberi impak ke atas isi rumah berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar,” katanya semasa menutup mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia ke-26 di sini, Khamis.

Perdana Menteri berkata projek itu termasuk siri program-program Keupayaan Digital, yang akan melatih dan memadankan 400,000 anggota masyarakat B40 dengan keupayaan untuk menjalankan tugasan mikro daripada sumber deomstik dan asing, membantu setiap daripada mereka untuk memperoleh pendapatan tahunan tambahan pada purata RM6,000 menjelang 2020.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");