Sukan Hari Ini

Qhairul calon pilihan Irfan ganti Nasriq

Bangi: Biarpun FELDA United akan tampil tanpa khidmat tonggak pertahanan kental Mohd Nasriq Baharom akibat penggantungan selepas dua kad kuning di Selayang, Isnin lalu, pengendali The Fighters Irfan Bakti Abu Salim tetap tenang menjelang aksi separuh akhir kedua antara FELDA United dengan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, esok.

Berdasarkan sesi latihan skuad peneroka itu, Irfan seolah-olah sudah menemui pengganti paling cocok untuk digandingkan dengan ketua pasukannya Muhammad Shukor Adan bagi membentuk tembok paling ampuh buat mengekang asakan tuan rumah di Larkin nanti.

“Ada dua nama di kepala saya bagi digandingkan dengan Shukor nanti. Antaranya Qhairul (Qhairul Anwar Roslani) atau Yaros (Yaroslav Krushelnitskiy).

“Tapi macam yang anda perhatikan petang ini, saya melihat Shukor lebih selesa bersama Qhairul dan kemungkinan dia calon pilihan saya. Tapi apapun, saya masih mempunyai masa untuk menamakan pemain di posisi itu bagi menggantikan Nasriq,” katanya.

Qhairul, 27, atau lebih mesra disapa Nyamuk di kalangan rakan sepasukannya, berjanji akan memikul tanggungjawab itu sebaik mungkin demi membantu pasukan untuk melangkah ke final Piala Malaysia 1 November ini.

Pemain kelahiran Seremban itu yang pernah bermain di samping Shukor ketika menyarung jersi Negeri Sembilan pernah mendakap piala keramat itu sebanyak dua kali dari 2009 dan 2011, kedua-duanya dengan skuad Hoben Jang Hoben dan berazam mahu menjulang pula bersama FELDA.

“Kalau diberi peluang, saya mahu membantu pasukan mara ke perlawanan akhir dan seterusnya cuba memenangi Piala Malaysia.

“Biarpun Stadium Larkin akan dibanjiri penyokong mereka, ia tidak sedikit pun memberi sebarang tekanan kepada saya ataupun rakan sepasukan lain,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");