Perak Hari Ini

Lelaki Dihukum Gantung Bunuh Pengurus Enam Tahun Lalu

Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Ipoh sebentar tadi selepas didapati bersalah membunuh pengurus sebuah resort di Teluk Nipah, dekat Pulau Pangkor, enam tahun yang lalu.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Hamzah Osman, 24, seperti mana dalam pertuduhan.

Menurut hakim, keterangan yang diberikan tertuduh yang berasal dari Johor itu adalah direka-reka dan bercanggah dengan keterangan saksi lain.

Berdasarkan pertuduhan, remaja terbabit didakwa membunuh Norazudah Iden, 31, di bilik No. 202, Suria Beach Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada 18 Ogos 2008.

Pendakwaan berkenaan disokong dengan bukti putung rokok yang mempunyai DNA tertuduh di bilik mangsa dan barang kemas milik mangsa yang dilarikan oleh tertuduh untuk dijual di Johor Bahru juga ditemui.

Pihak pendakwaan menampilkan 23 saksi pendakwaan dengan 1 saksi pembelaan bagi mengukuhkan kes berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh terbabit ditangkap pada 21 Ogos 2008 sekitar jam 1 petang di Johor Bahru.

Laporan bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah kecederaan yang dialami mangsa pada kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam Datuk Naran Singh dibenarkan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");