Sukan Hari Ini

Robben kembali kuatkan Bayern bertemu Dortmund

BERLIN: Bintang Belanda, Arjen Robben dijangka kembali tersenarai dalam kesebelasan utama Bayern Munich pada pertembungan menarik Bundesliga Jerman menentang Borussia Dortmund, esok selepas bergelut dengan masalah kecederaan kaki.

“Saya berharap dapat bermain dan percaya semuanya akan baik,” kata Robben kepada majalah Jerman, Kicker.

Pemain lincah berusia 30 tahun itu sekadar memanaskan bangku simpanan ketika Bayern mencatat kemenangan 3-1 ke atas Hamburg, kelmarin dalam perlawanan pusingan dua Piala Jerman.

Selain itu, bekas pemain Chelsea itu turut terlepas perlawanan Bundesliga Bayern menentang Borussia Moenchengladbach yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, minggu lepas.

Robben sudah pun menjaringkan lima gol buat Bayern musim ini termasuk dua gol ketika membelasah AS Roma dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah selain meledak dua gol ketika menewaskan Hanover 96 dalam aksi Bundesliga.

Sepanjang lima pertembungan dengan Dortmund, Robben berjaya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan termasuk ketika final Liga Juara-Juara Eropah pada 2013 selain final Piala Jerman pada Mei lepas di Berlin.

Bayern ketika ini memiliki kelebihan empat mata di puncak Bundesliga manakala Dortmund bergelut untuk berada di kedudukan ke-15, ketinggalan 14 mata di belakang gergasi Jerman itu. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");