Sukan Hari Ini

Roslin Hashim: ‘Perkara ini serius’

BEKAS pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim mahu atlet terkemuka negara yang gagal ujian doping pada kejohanan antarabangsa baru-baru ini tampil ke depan merungkaikan segala persoalan.

Katanya, sekiranya ikon negara itu betul-betul mengambil ubat terlarang, dia seharusnya berani tampil ke depan dan tidak cuba menegakkan benang basah.

“Perkara ini serius, ia bukan sahaja melibatkan kariernya sahaja tapi imej sukan terbabit juga akan terjejas. Saya tak tuduh dia ambil, dan sebolehnya saya harap perkara ini tidak benar kerana dia merupakan atlet ikon negara dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebelum ini.

“Tapi, sekiranya betul, jujur dan berterus terang dan ia boleh memudahkan siasatan,” katanya.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");