Laporan Eksklusif

Rumah Rosak Teruk Akibat Puting Beliung Di Alor Setar

Sekurang-kurangnya 49 buah rumah di sekitar kawasan Mergong, dekat Alor Star rosak teruk selepas dilanda puting beliung kecil dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5 petang tadi.

IMG_9150

Dipercayai masih banyak lagi rumah yang masih belum di kenal pasti terlibat dan sebahagian rumah yang dilanda puting beliung berkenaan rosak teruk akibat dinding kediaman penduduk diterbangkan angin dan ditimpa pokok tumbang.

Antara kawasan turut terlibat seperti di Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa 1, Kampung Sungai Baru dan Taman Inang.

IMG-20141031-WA0015

Lapangan Terbang Kepala Batas juga turut dilanda puting beliung berkenaan sekitar jam 5 petang tadi.

IMG-20141031-WA0010

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5 petang oleh orang ramai bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

IMG-20141031-WA0017

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati sebahagian rumah yang dilanda belalai air itu rosak teruk akibat dinding kediaman mereka diterbangkan angin dan ditimpa pokok tumbang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");