Laporan Eksklusif

Sambutan Himpunan Rakyat Hakim Negara Kian Hambar, Prosiding Hari Ketiga Ditangguhkan

Penangguhan prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 1 petang tadi menyebabkan penyokong Ketua Pembangkang itu pulang dengan rasa sedih dan hampa.

Entah mana silapnya, sambutan hambar penyokong yang hadir pagi tadi iaitu sekitar 400 orang berbanding lebih 1,000 orang pada Rabu memang langsung tidak dijangka.

Jika hari pertama dan kedua prosiding, perkarangan Kompleks Istana Kehakiman dipenuhi hampir ribuan penyokong yang membawa kain rentang dan sepanduk Justice For Anwar, tetapi hari ini senarionya jauh berbeza.

Perkarangan sekitar mahkamah yang menjadi tempat penyokong PKR berkumpul kelihatan lengang dan laungan ‘Reformasi’ semakin kurang didengari.

Kekecewaan juga dapat dilihat pada air muka orang kuat pihak organizer yang menguruskan perhimpunan itu apabila melihat jumlah crowd yang semakin berkurangan.

Agaknya penyokong PKR sendiri sudah bosan kerana kes liwat II itu asyik tertangguh sedangkan mereka juga mempunyai urusan harian yang perlu diselesaikan daripada memberi sokongan kepada Anwar.

Selain itu, pentas audio yang disediakan untuk program selawat perdana juga terletak tidak jauh dari kawasan penyokong berkumpul.

Alunan lagu-lagu selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dari audio pentas tersebut turut kedengaran hingga ke kawasan penyokong Anwar berkumpul.

Akibatnya, moral dan semangat penyokong untuk bersoladiriti di kompleks Mahkamah Persekutuan semakin pudar.

Mungkin mereka rasa bersalah ketika lagu-lagu selawat berkumandang untuk tujuan kerohanian, di kawasan penyokong PKR ada upacara mengutuk dan memaki-hamun orang-orang pro-kerajaan.

Jalan paling selamat, penyokong tidak mahu lagi menyertai perhimpunan itu atau pulang awal dari menempah dosa akibat mengutuk.

Mahkamah ditangguhkan tepat jam 1 petang selepas pasukan pendakwaraya yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon untuk menyampaikan hujah, pagi esok (Jumaat).

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan hari Isnin (3 Nov) untuk pasukan peguambela menjawab hujah pendakwaan.

– Salleh Harisnuri

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan sama sekali tidak mewakili pendirian Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");