Isu Panas

Saya tak kenal penganjur ‘Saya mahu sentuh anjing’

“Saya tak kenal mereka. Orang boleh cakap mereka ialah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi saya tak boleh nak komen apa-apa sebab memang saya tak kenal mereka langsung,”.

Itu kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika menjawab soalan wartawan MalaysiaGazette berhubung penganjur ‘Saya mahu sentuh anjing’ yang dikatakan ahli PKR.

“Nak ambil tindakan pun tak boleh sebab semuanya belum pasti sama ada mereka tu adalah ahli-ahli PKR atau tidak.

“Boleh jadi juga itu khabar angin, yang sampai itu hanyalah fitnah pihak tertentu yang segaja direka untuk memburukkan imej PKR,” katanya.

Jelas Nurul Izzah, sebagai umat Islam yang berpegang kepada Mahzab Syafie, dia sendiri tidak akan menyentuh anjing kerana telah diketahui haram.

“Kalau betul mereka ahli PKR, sudah tentu saya dah dapat laporan mengenainya dan sudah tentu saya tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

“Ini semua belum pasti dan saya tidak mahu mengulas mengenainya sebab tidak ada kaitan dengan saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Nurul Izzah menerusi akaun Twitter miliknya mengucapkan tahniah kepada penganjur program tersebut walaupun beliau tidak bersetuju dengan konsepnya.

Program anjuran oleh seorang Islam pada Ahad lalu yang menggalakkan orang Islam menyentuh anjing tanpa sebab itu telah mendapat liputan meluas.

Rata-rata yang hadir dan mengambil peluang menyentuh anjing pada program yang diadakan di Johor adalah wanita Islam yang memakai tudung.

Program tersebut juga dikatakan turut mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Selangor.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");