Jenayah

Sekat Tara masuk Malaysia

Kota Bharu: Dia antara dalang pengeboman kereta berani mati yang mengorbankan seorang bekas Ketua Menteri Punjab di India, Beant Sigh pada 31 Ogos 1995 sebelum diburu dan ditangkap bersama dua rakannya.

Bagaimanapun, Jagtar Singh Tara yang juga pemimpin kumpulan pengganas Sikh di India, Khalistan Tiger Force (KTF) sekali lagi membuat kejutan apabila melarikan diri daripada Penjara Burail di Chandigarh, India pada 21 Januari 2004.

Walaupun penjara berkenaan memiliki tahap kawalan keselamatan maksimum, dia bersama dua rakannya itu dan seorang lagi banduan meloloskan diri dengan menggali terowong bawah tanah sejauh 27 meter sebelum memanjat tembok penjara.

Selepas beberapa tahun menjadi buruan, namanya muncul kembali apabila akhbar arus perdana dan laman web di Thailand melaporkan lelaki itu berada di selatan negara berkenaan dan lebih mengejutkan, dia didakwa mahu menyusup masuk ke negara ini menggunakan laluan sempadan di Sungai Golok sebelum melarikan diri ke Pakistan.

Pegawai Kanan Imigresen Sakda Chuenpakdee dipetik berkata, Jagtar memasuki Thailand menggunakan visa pelancong.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");