Sukan Hari Ini

Tagih gempita Larkin

Johor Bahru: Impian menggunung Jorge Pereyra Diaz untuk memastikan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) melangkah ke final Piala Malaysia masih belum pudar, malah yakin mampu menewaskan FELDA United pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Larkin, Sabtu ini.

Diaz juga mengharap sokongan padu gema ‘Sorakan Larkin’ daripada penyokong Harimau Selatan menjadi inspirasi buat bekas pemain Atletico Lanus di Liga Argentina bagi menidakkan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim yang menang 4-3 dengan tempoh 90 minit perlawanan menjadi penentu.

Sememangnya Diaz begitu mengidamkan pentas final buat pertama kali selepas begitu bersungguh-sungguh pada separuh akhir pertama apabila berjaya merobek gawang FELDA United dengan dua gol.

“Kita sepatutnya seri 3-3, namun itulah bola sepak apabila hilang tumpuan maka mudah buat lawan menghukum dengan gol kemenangan.

“Saya pasti pemain mahu melupakan detik kekecewaan itu, malah yakin pada separuh akhir kedua nanti, Johor DT akan bangkit mencipta kemenangan di depan penyokong sendiri.

“Kami tekad memberi persembahan terbaik dan yakin meneruskan sentuhan jaringan pada penentuan ke final itu,” katanya

Diaz turut menggambarkan akan dirantai benteng FELDA United, namun tidak timbul masalah baginya melepasi kawalan itu.

Katanya, kombinasi bersama Luciano Figueroa semakin serasi dan barisan tengah diterajui Hariss Harun dan kelicikan Mohd Amri Yahyah kerap membuka ruang untuk bertindak melakukan cubaan ke pintu gol lawan.

“Pada separuh akhir kedua nanti, saya mungkin dijaga dengan rapi, tetapi mereka juga perlu mengawasi Luciano yang lebih berbisa daripada saya.

“Apapun tidak kira siapa jaringkan gol kerana misi utama kami adalah layak ke final,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");