Jenayah

‘Tak seceria dahulu’

Kulaijaya: “Walaupun mempunyai 11 anak, namun sejak Amalina koma rumah ini bertukar menjadi sunyi,” kata Zuraidah Ismail, 45, dari Batu 32, Simpang Felda, Bukit Batu, Sedenak di sini, ibu kepada Nur Amalina Syafiqa Maridan, 4, yang mengalami jangkitan kuman di bahagian otak menyebabkannya koma sejak empat bulan lalu.

Menurut Zuraidah, sejak anak ke-10 itu berada dalam koma, kehidupan keluarganya suram kerana ketika kesihatannya masih baik, Amalina seorang kanak-kanak yang riang dan aktif.

“Kami membaringkannya di katil dekat ruang tamu dengan harapan dia mendengar suara dan pergerakan adik-beradiknya, mungkin dia memberi tindak balas dan sedar daripada koma,” katanya.

Zuraidah berkata, dia dan suaminya, Maridan Samad, 50, bekerja sebagai pemandu bas pelancong yakin Amalina mampu pulih dan sihat seperti anak-anaknya yang lain.

“Beberapa hari sebelum kejadian, dia menunjukkan perubahan dan kerap memeluk saya sejurus pulang dari tadika dan menyatakan dia menyayangi saya.

“Pada hari kejadian iaitu 2 Jun lalu, dia bersama kakaknya dan suami bercadang untuk melawat saya yang dimasukkan di Hospital Kulai sejak akibat asma, tidak sangka ketika dalam perjalanan suhu badannya naik secara mendadak hingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital sama,” kata ibu kepada anak berusia tiga dan 23 tahun itu.

Zuraidah berkata, Amalina kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada hari sama dan disahkan mengalami jangkitan kuman di otak hingga mengakibatkan koma.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");