Jenayah

Thinagaran nafi sebar SMS perkauman

IPOH – Ketua Cabang PKR Ipoh Barat, A Thinagaran menafikan telah menyebar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur perkauman sebaliknya mendakwa SMS tersebar akibat telefon bimbitnya telah digodam.

Thinagaran berkata, beliau hanya menyedari telefon bimbitnya digodam apabila menerima SMS dan dihubungi pihak yang tidak dikenali bagi bertanyakan mesej yang dihantar melalui nombor telefonnya.

“Tiba-tiba saya menerima banyak mesej, ada lebih daripada 30 mesej dan panggilan telefon bertanyakan hal ini. Ada juga yang marah sebab mesej itu dan kesemuanya daripada nombor yang tidak saya kenali.

“Malah mesej yang saya terima kesemuanya menyatakan kecaman serta kutukan malah menghamburkan kata-kata lucah selepas mereka kata mesej yang diterima itu menggunakan perkataan kesat menghina orang Melayu.

“Saya terkejut, tetapi selepas mendapat tahu telefon bimbit saya digodam dan menerangkan kepada pemanggil bukan saya yang menghantar mesej berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, semalam.

Thinagaran berkata, pihaknya telah membuat laporan kepada pengendali talian telefon mudah alih dan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Ahad lalu.

“Saya sudah membuat pemeriksaan dengan pengendali talian telefon mudah alih dan mereka turut menyatakan saya tidak pernah membuat sebarang penghantaran SMS seperti yang dinyatakan namun mereka turut hairan bagaimana perkara itu boleh berlaku,” katanya.

Thinagaran turut menggesa, polis mengambil tindakan segera terhadap pihak terdesak demi kepentingan politik itu kerana ia membabitkan keharmonian antara kaum di negara ini.

Katanya, perkara sama turut dialami barisan pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) malah turut menerima nasib yang sama.

“Pada mulanya saya seorang sahaja yang kena, tetapi Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan kesemua kakitangannya termasuk Adun Bakar Arang, Simon Ooi,” katanya.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");