Jenayah

Tiga didakwa beri sokongan kumpulan IS

SEPANG – Tiga individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Negara Islam (IS), hari ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada peniaga, Mohd Rosmadi Che Daud, 42; arkitek, Mohd Syafrein Rasid, 26; dan juruteknik, Mohamad Yusoffe Ishak, 26, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Aizatul Akmal Maharani.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu dengan mengambil penerbangan melalui pesawat Qatar Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki dan cuba memberi sokongan serta menjadi ahli kumpulan IS.

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kaunter Imigresen Balai Perlepasan Antarabangsa KLIA jam 8.55 pagi 25 September lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 130 J (1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau 30 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan kepada mereka dan mahkamah menetapkan 20 November depan untuk sebutan semula kes.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");