Sukan Hari Ini

Tolong berani: Irfan

Bangi: “Jangan takut, tapi biarlah adil”, bunyinya seakan sindiran, tetapi itulah permintaan pengendali FELDA United Irfan Bakti Abu Salim menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini.

Permintaan ikhlas itu hadir selepas anak buahnya mencatat kemenangan tipis 4-3 pada aksi pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang menyaksikan tuan rumah terpaksa bermain 10 pemain sepanjang 35 minit babak kedua apabila pertahanannya, Mohd Nasriq Baharom diperintah keluar padang akibat menerima kad kuning kedua.

Malah, beberapa keputusan pengadil dalam perlawanan penuh dramatik itu juga menimbulkan keraguan yang banyak memihak kepada pasukan pelawat hingga mendatangkan kemarahan sebilangan penyokong FELDA.

“Untuk menghadapi perlawanan itu di Larkin bagi saya tiada masalah kerana kami memiliki barisan pemain berpengalaman yang sudah biasa bermain di hadapan ribuan penyokong.

“Edward Junior Wilson, Ndumba Makeche, Zah Rahan Krangar dan beberapa tonggak tempatan seperti Muhammad Shukor Adan, Shahrulnizam Mustapa, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Farizal Harun semuanya berpengalaman.

“Cuma satu perkara saja, saya minta pengadil menjaga keselamatan pemain saya.

“Bukan soal keselamatan di luar padang, tapi di atas padang selama 90 minit, itu yang lebih penting,” katanya selepas sesi latihan di Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional (BSN), semalam.

Sementara itu, Irfan, 63, yakin The Fighters bersedia mempertahankan kelebihan satu gol biarpun menyedari rekod bersih skuad Harimau Selatan setiap kali bermain di halaman sendiri begitu kebal.

“Kalau hendak diikutkan, ini pertama kali mereka (Johor DT) dibolosi hingga empat gol di tempat lawan.

“Saya percaya kemampuan pemain untuk mencipta kejutan, sekali gus menghampakan pasukan tuan rumah,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");