Perak Hari Ini

Treler Kargo Melintang Di Tengah Laluan KM276

Akibat hilang kawalan, sebuah treler kargo terbabas sebelum melintang di tengah jalan di KM276 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala arah selatan, dekat Ipoh sebentar tadi.

Kejadian itu dipercayai berlaku jam 3.30 petang tadi akibat jalan licin selepas hujan lebat.

Pihak peronda PLUS telah tiba di kawasan kejadian dan berjaya mengawal keadaan.

Kejadian itu juga menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan dan pihak PLUS meletakkan kon sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjamin keselamatan nyawa pengguna lebuhraya yang lain.

Langkah pantas PLUS itu dapat mengelakkan kenderaan lain terlibat dalam kemalangan memandangkan jarak penglihatan pemandu yang terhad ketika hujan lebat.

Sehubungan itu, pengguna diminta sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");