Membawang Hari Ini

Tuduhan Kempen ‘Switch Off’14’ Bangkang Kerajaan Tidak Benar

KUALA LUMPUR: Kempen Switch Off’14 yang dianjurkan pada Selasa berjaya menghimpunkan lebih 500 karyawan seni daripada pelbagai latar belakang yang sama-sekali tidak berhasrat membangkang kerajaan.

Pengerusinya Jurey Latiff Rosli berkata, kempen berkenaan turut berjaya menepis tuduhan dan juga pelbagai tohmahan kononnya aktiviti itu diadakan untuk kepentingan periuk nasi pihak-pihak tertentu.

“Mereka kata kita nak bangkang kerajaan. Adakah kita bangkang kerajaan pada hari ini?

“Ada pihak telah salah anggap apa yang kita nak buat sebaliknya kita sekadar hendak menyuarakan masalah dalam industri,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen Switch Off’14 di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Hadir menyertai kempen berkenaan ialah ahli-ahli daripada persatuan di bawah gabungan itu antaranya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Pesatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Pemuzik dan Penyanyi Tanah Air (Papita), Persatuan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (Perkap) dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM).

Dua persatuan seni lain iaitu Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) tidak menyokong usaha berkenaan.

Switch Off’14 berlangsung sehingga 11 November depan.

Dalam pada itu Jurey berkata, kempen berkenaan terpaksa dilakukan kerana kebanyakan pekerja seni termasuklah para atis tidak mendapat pembelaan sepenuhnya dan usaha yang dilakukan untuk mengangkat martabat golongan berkenaan sering kali gagal.

Katanya, dengan adanya usaha itu, ia akan dapat memberi peluang kepada pihaknya menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak kerajaan dengan cara yang betul.

Malah katanya, 11 permintaan yang terkandung dalam resolusi kempen berkenaan akan dibawa kepada pihak kementerian berkaitan untuk dipetimbangkan terutamanya mengenai bayaran yang tidak setimpal daripada stesen-stesen tekevisyen terhadap drama-drama yang dibeli mereka.

“Kita mengharapkan dengan adanya kempen Switch Off’ 14 ini, akan berlaku satu perubahan positif yang pantas dan berkesan demi meperbaiki ekosistem bagi industri hiburan negara,” katanya.

Tambah Jurey, kemuncak kepada kempen itu pada 11 November depan, pihaknya akan berusaha untuk mengadakan satu majlis bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan 11 usul yang terkandung dalam resolusi yang sudah dipersetujui.

Sementara itu pengarah kempen tersebut iaitu Gibran Agi berkata, semua karyawan seni diminta untuk menyokong Switch Off’14 dengan menukar gambar profil di laman media sosial masing-masing keapda logo kempen tersebut sehingga tarikh 11 November depan.

Semua karyawan terlibat juga diminta untuk ‘menjimatkan’ bekalan elektrik dengan tidak menonton televisyen bermula pukul 8 malam sehingga pukul 11 malam.

“Pada tempoh itu, kita semua boleh memberi ruang untuk bersama-sama keluarga dengan menjimatkan tenaga elektrik apabila tidak menonton rancangan televisyen,” katanya menggambarkan tanda protes terhadap sikap stesen televisyen di neagra ini.

Berikut ini 11 pemintaan sempena Kempen Switch Off’14

1. Mewujudkan Akta Industri Kandungan KreatifMenekankan hak IP (harta intelek) yang lebih adil dan munasabah

2. Menaikkan kadar harga dan menyelaraskan belian kandungan di stesen-stesen televisyen

3. Pengagihan slot televisyen yang lebih adil dengan menekankan 70 peratus kandungan tempatan

4. Penguatkuasaan polisi Made In Malaysia (MIM) dan Puducitra

5. Menubuhkan satu badan atau one-stop centre yang mengawal selia industri TV secara langsung

6. Melantik wakil-wakil industri yang dipersetujui oleh pemain industri dalam memainkan peranan membuat dasar serta keputusan yang melibatkan industri

7. Menyediakan slot-slot televisyen yang mengkhususkan isi kandungan berbentuk patrotik sserta mendaulatkan citra budaya bangsa

8. Skim pengecualian cukai bagi syarikat-syarikat korporat yang terlibat dalam penajaan penerbitan televsiyen tempatan dan bagi pembelian peralatan teknikal terkini serta software yang melibatkan industri televisyen

9. Skim insurans khusus melibatkan warga industri dan hartanah

10. Dana dan geran khusus bagi memajukan kandungan industri televisyen negara dan untuk menigkatkan lagi kemahiran para pekerja.

11. Menekankan hak IP (Harta Intelek) yang lebih adik dan munasabah

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");