Membawang Hari Ini

Tunggu hari, Che Ta jaga kesihatan

SAAT ini, bila-bila masa sahaja pelakon jelita, Rozita Che Wan, bakal menyambut kelahiran puteri sulungnya bersama pelakon, Zain Saidin.

Walaupun berdepan dengan pelbagai bentuk kontroversi di sepanjang usia kehamilan kali ini, namun ianya langsung tidak memberi tekanan hebat buat Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta.

Malah, pelakon Kalung Kak Dara ini, lebih selesa membiarkan sahaja mulut-mulut orang sekeliling menghukum dirinya tanpa mengetahui hal sebenar.

Enggan menjadikan perkara itu sebagai masalah buat dirinya, Che Ta mengambil pendekatan untuk memberi lebih tumpuan dalam soal kesihatan dalam menghadapi detik kelahiran itu nanti.

Di kesempatan ini, Che Ta juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan buat dirinya sekeluarga.

“Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak di atas ucapan dan doa-doa yang sangat positif daripada peminat yang terdiri di kalangan pengikut laman sosial saya.

“Saya hargai sokongan dan ucapan yang diberikan dalam menyambut permata hati kami tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Zass menerusi aplikasi, WhatsApp.

Sebelum ini, Che Ta memberitahu dia bakal menyambut anak ketiganya itu pada awal November ini di Hospital Ampang Puteri apabila dia menerima tajaan sepenuhnya daripada hospital swasta berkenaan.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");