Berita Hari Ini

UNSC: Malaysia peroleh 187 daripada 192 undi

NEW YORK – Malaysia memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) dengan memperoleh 187 daripada 192 jumlah undi.

Pengundian berlangsung di dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengisi lima kekosongan bagi anggota tidak tetap dalam Majlis Keselamatan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang berada di dalam dewan turut mengundi. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 130 undi untuk dipilih.

Sebanyak 193 wakil negara anggota PBB layak mengundi untuk memilih lima anggota baharu majlis.

Anggota baharu akan menduduki kerusi berkenaan pada 1 Jan 2015 dan akan berkhidmat dalam UNSC sehingga 31 Disember 2016.

Kelima-lima kerusi bagi pemilihan pada 2014 yang diagihkan di peringkat serantau ialah: satu kerusi bagi Kumpulan Afrika (kini disandang oleh Rwanda); satu kerusi bagi Kumpulan Asia-Pasifik (kini dipegang oleh Republik Korea).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");