Jenayah

Usah guna anak kecil kutip derma atas nama agama

SHAH ALAM – Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang mengeksploitasi anak-anak kecil untuk mengutip derma di atas nama agama dan kebajikan, kata pemerhati politik dan masyarakat, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yussof.

Agus yang juga merupakan pensyarah politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, anak-anak kecil tidak wajar diperlakukan sebegitu rupa kerana bukan cara tersebut untuk mereka mencari sumber kewangan.

“Semalam saya didatangi oleh seorang anak kecil dalam lingkungan 9-10 tahun mengutip derma. Beliau datang jauh dari Utara dengan ustaznya. Jam sudah hampir 10 malam. Saya tengok anak ini letih dan lapar.

“Saya pelawa makan, tetapi ditolak. Anak ini cuma mahu wang kerana bimbang kutipan dermanya tidak mencukupi dan dimarahi ustaz.

“Mengapa kita biarkan anak ini membuat kerja yang sebegitu? Jika dari sekolah tahfiz dan rumah anak yatim, bukan begitu caranya kita mencari sumber kewangan. Saya mahu pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan nama agama dan kebajikan untuk mengutip derma dan mengeksploitasi anak-anak ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Terdahulu akhbar Sinar Harian pada tahun 2012, pernah mendedahkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesan sindiket yang berselindung di sebalik nama pusat tahfiz, madrasah dan rumah anak yatim serta menggunakan pelajar sekolah untuk mengutip derma sehingga ke jam 3 pagi setiap hari.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan pihaknya akan melakukan pemantauan teliti dan bertindak berhubung isu kanak-kanak mengutip derma termasuk pelajar tahfiz.

Ketua Pengarahnya, Datuk Norani Mohd. Hashim berkata, perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut dijalankan bagi mencari penyelesaian perkara tersebut.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");