Jenayah

Warga Itali Dilapor Hilang Pergi Bercuti, Polis Tutup Kes

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan bahawa ahli perniagaan warga Itali William Bocchi pergi ke selatan Filipina untuk bercuti.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata Bocchi, 52, telah menaiki feri Danica Joy yang berpangkalan di Filipina di Sandakan untuk lawatan semalaman ke Zamboanga pada 14 Oktober.

“Dia pergi ke sana untuk bercuti. Kami menganggap kes ditutup,” katanya.

Bocchi menimbulkan kebimbangan tentang di mana dia berada apabila seorang ahli perniagaan Lahad Datu, Sia Yiik Huon melaporkan kehilangan Bocchi pada Isnin selepas dimaklumkan oleh seorang rakan di Kuala Lumpur yang menerima e-mel daripada rakan sekerja Bocchi, dikenali sebagai Fabio.

Bocchi tiba di KLIA 2 di Sepang, pada 12 Oktober dan terbang ke Kota Kinabalu pada hari berikutnya sebelum membuat penerbangan ke Lahad Datu.

Yiik Huon memberitahu polis bahawa Fabio berkata Bocchi sepatutnya pulang ke rumah pada 16 Oktober.

Beliau berkata Bocchi, yang terlibat dalam perniagaan perkhidmatan kewangan sepatutnya bertemu pelanggan di Lahad Datu.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");