Membawang Hari Ini

Waspada jaga diri

Hampir sembilan tahun aktif membina nama dalam industri hiburan tempatan cukup mematangkan pelakon Shakilla Khoriri, 25. Pengalaman diakuinya banyak membantu.

Meskipun bukan mudah untuk pelakon wanita meningkat naik ini mengecap populariti, ia sedikit pun tidak merunsingkan. Baginya, maruah diri dan keluarga paling utama.

Bertemu Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri pada sesi fotografi dengannya, gadis petah ini berkata dia lebih gemar bersikap positif dan optimis. Apatah lagi, membabitkan soal rezeki.

“Saya sebenarnya terima dengan hati terbuka apa saja syarat ditetapkan stesen televisyen kepada pelakon untuk dipatuhi. Terutama, elakkan diri daripada terpalit kontroversi.

“Pada saya adalah wajar seseorang pelakon atau sesiapa saja yang menceburi industri hiburan ini mengelak diri daripada kontroversi. Semuanya bergantung atas diri sendiri.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");