Perak Hari Ini

117 Pelajar Tingkatan 4 Terpilih Sertai Program Anak Angkat BAIDURI

PERAK TODAY1

Kira-kira 117 pelajar Tingkatan Empat yang terpilih menjadi anak angkat kepada 31 ahli Badan Amal Dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) akan menerima bantuan akademik yang sewajarnya sehingga mereka menamatkan zaman persekolahan masing-masing.

Menurut Yang Dipertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli, program anak angkat itu merupakan kesinambungan kepada usaha badan tersebut sebelum ini yang menyediakan pemberian dermasiswa kepada murid terpilih dari Tahun 5 dan 6 serta pelajar Tingkatan 6.

“Kali ini, pihak BAIDURI mahu membuat sedikit penambahbaikan dengan memberi keutamaan kepada pelajar yang layak dengan memperkenalkan program anak angkat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian program anak angkat BAIDURI dekat Ipoh, sebentar tadi.

Katanya lagi, pemilihan empat orang pelajar sebagai anak angkat bagi setiap isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di daerah terpilih di Perak itu berdasarkan kelayakan, sahsiah dan pendapatan keluarga yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Jelasnya lagi, program sebegini diharap mampu memberi kesan baik dan hubungan yang lebih erat antara keluarga pelajar dan ahli BAIDURI itu sendiri.

PERAK TODAY

Sekitar RM140,000 diperuntukkan bagi menjayakan program berkenaan melalui pelbagai program yang dirancang kelak seperti bengkel akademik dan ceramah motivasi, katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam ucapan perasmiaannya pula berkata, program untuk jangka panjang itu berupaya mendorong pelajar untuk lebih berjaya.

“Program sebegini dianjurkan bagi membantu anak-anak di luar sana untuk menjadi lebih baik dan berjaya pada masa hadapan,” katanya.

Pelajar terpilih, Syafeera Idayu Murad 16, menyifatkan pemilihan tersebut akan menjadi pembakar semangatnya untuk dirinya terus maju dalam pelajaran.

Manakala bagi Loh Kai Pin dari Pangkor pula, beliau langsung tidak menjangka sama sekali akan terpilih menjadi anak angkat kepada Yang Dipertua BAIDURI.

“Saya berjanji akan belajar dengan lebih gigih untuk menjadi seorang insan yang berjaya di masa akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");