Jenayah

13 wanita ditahan JAIM

Melaka: Seramai 13 wanita tempatan ditahan Jabatan Agama Islam negeri (JAIM) kerana berpakaian tidak sopan ketika asyik berseronok di sebuah pub di sekitar Melaka Raya, di sini, awal pagi tadi.

Wanita berusia lingkungan usia 20an hingga 30an itu ditahan dalam Operasi Bersepadu yang diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dari jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Kesemua mereka ditahan JAIM mengikut Seksyen 71 kerana berpakaian tidak sopan.

Dalam serbuan sama, JAIM turut menahan empat pasangan warga Indonesia yang didapati bersekedudukan tanpa hubungan yang sah.

Keempat-empat pasangan berusia 20an hingga 30an itu ditahan di tiga hotel bajet berbeza di sekitar Bachang dan Bandar Melaka.

Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");