Jenayah

Sindiket Abe K lumpuh

Kota Bharu: Sindiket pengedaran dadah dikenali Abe K berjaya dilumpuhkan Polis Kelantan dengan tertangkapnya ketua sindiket itu yang bertaraf ‘king pin’.

Suspek ditahan dalam serbuan di Lubok Jong, Pasir Mas, kira-kira 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek seorang lelaki warga Thailand berusia 49 tahun dipercayai menjalankan bisnes dadah dengan berselindung di sebalik perniagaan tayar terpakai.

Katanya, dalam serbuan itu pihaknya turut menahan empat suspek lain termasuk seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun.

“Anggota juga merampas dadah jenis syabu seberat 1 kilogram bernilai RM300,000 dan 1,798 pil kuda bernilai RM44,500.

“Semua suspek ditahan reman sehingga 2 Disember depan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");