Jenayah

Amukan maut berang ditegur

Georgetown: Asalnya pertengkaran mereka hanya kerana sampah, namun ia bertukar menjadi tragedi ngeri buat seorang lelaki apabila dia hanya mampu menyaksikan tubuh isterinya dilanggar dan digilis sebuah kereta dipandu jirannya yang berang selepas perbuatannya ditegur pasangan terbabit di kawasan rumah mereka di Flat Desa Intan, Bandar Baru, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian menyayat hati pada jam 1 pagi itu menyebabkan mangsa, Lee Seok Pheng, 47, meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas parah di seluruh tubuhnya.

Pasangan terbabit tinggal di tingkat bawah flat berkenaan dan ketika kejadian, suspek yang menginap di tingkat atas turun membawa bungkusan plastik sampah sebelum dia meninggalkan sampah itu di depan rumah mereka.

Suspek tanpa rasa bersalah mengambil kereta di tempat parkir dan pasangan suami isteri itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan jiran mereka itu menghampirinya sebelum berlaku pertengkaran.

Menurut sumber, ketika itu suspek masih berada dalam kereta, manakala pasangan suami isteri itu berdiri di luar berhampiran kereta suspek dan saling bertikam lidah.

“Suspek yang berang cuba melanggar suami mangsa, namun lelaki terbabit dapat mengelak, manakala isterinya yang melihat kejadian itu mengetuk but kereta berkenaan.

“Suspek mengundurkan keretanya dan terkena mangsa sebelum mangsa pergi ke bahagian pemandu dan memarahi jirannya itu kerana bersikap biadab,” hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");