Sukan Hari Ini

Anuar Manan ketuai TSG jelajah Sharjah UAE

DUA pelumba berpengalaman akan mengetuai Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) ke Jelajah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jelajah Malaysia sebelum menutup tirai kalendar 2014.

Pegawai Operasi TSG, Nasirudin Wan Idrus berkata Anuar Manan akan mengetuai TSG ke Jelajah Sharjah manakala Mohd Harris Salleh mengetuai pasukan untuk Jelajah Malaysia.

“Jelajah Sharjah akan diadakan selama seminggu bermula 28 November manakala Jelajah Malaysia pada 13 hingga 17 Disember,” katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut Nasiruddin, TSG menamakan lima pelumba untuk Jelajah Sharjah iaitu Mohd Harris Salleh, Adiq Hussaini Othman, Yusrizal Yusof, Shahrul Mat Amin dan Mohd Saiful Anuar Aziz selain Anuar.

Beliau berkata, Jelajah Sharjah merupakan kejohanan bertaraf 2.2 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Nasirudin berkata senarai nama untuk Jelajah Malaysia masih belum dimuktamadkan.

Dalam pada itu, katanya TSG akan menghantar 10 pelumba untuk menyertai perlumbaan Lekas Highway Challenge 2014 di Kuala Lumpur selama sehari esok.

Menurutnya, ketika ini kedudukan semasa TSG berada di ranking ke-11 Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Asia UCI daripada 78 pasukan termasuk dari Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Afrika dan Asia.

Dalam Asia, TSG berada di ranking ke-4 daripada 38 pasukan, katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");