Perak Hari Ini

Aswaja Kesal Tindakan Jakim

IPOH : Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan JAKIM yang menyekat aktiviti dakwah ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), Sheikh Nuruddin, di negara ini.

Menurut wakil ASWAJA, Zamihan Mat Zin, sekatan itu dipercayai dibuat apabila ada pihak tertentu mendakwa beliau memberi kenyataan berbaur politik dan cuba menjejaskan keharmonian umat Islam di negara ini.

“Sheikh Nuruddin merupakan seorang tokoh ulama ASWJ tulen yang memiliki ketinggian ilmu dan diperakui kesolehannya di rantau nusantara ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Peraktoday.com.

Justeru, tindakan menyingkirkan beliau merupakan komplot terancang yang diatur oleh pihak tertentu yang berkepentingan, katanya lagi.

“Ini kerana kemungkinan mereka merasa bimbang penegasan dan teguran yang dilakukan Syeikh Nuruddin terhadap isu-isu yang bertentangan dengan dasar akidah dan syariah boleh menggugat kredibiliti mereka,” tambahnya.

Zamihan berkata, sewajarnya pihak JAKIM mengadakan perbincangan dengan Syeikh Nuruddin terlebih dahulu sebelum mengeluarkan perintah larangan.

Perbincangan harmoni dari hati ke hati pastinya memberi ruang dan peluang kepada kedua pihak untuk menghasilkan solusi terbaik demi Islam dan kepentingan umatnya.

Sekaligus berupaya mengelakkan fitnah terhadap Syeikh Nuruddin dan agensi agama di negara ini.

Jelasnya, ASWAJA juga kesal dengan JAKIM kerana terlalu cepat bertindak terhadap tuduhan sebegitu terhadap tokoh ASWJ sedangkan amat perlahan pula untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran fahaman bertentangan dengan ASWJ seperti Wahhabiy, Syiah dan lain-lain ajaran sesat.

Tegasnya, ASWAJA yang berpegang teguh kepada akidah ASWJ akan terus membela dan mempertahankan tokoh Islam nusantara itu dan berhara NGO’s Islam lain juga turut sama menyokong beliau dalam usaha menyebarkan dakwah demi survival umat Islam di Malaysia dan nusantara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");