Berita Hari Ini

Banjir: 30 Keluarga Di Changlun Diminta Berpindah

CHANGLUN: Sekurang-kurangnya 30 keluarga di sekitar Kampung Baru, dekat Jalan Sintok, di sini, dinasihatkan berpindah selepas paras Sungai Temin meningkat secara mendadak sehingga melebihi tahap bahaya, malam ini.

Berdasarkan rekod Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), stesen pemantau di Sungai Temin di Universiti Utara Malaysia (UUM) mencatat bacaan 44.73 meter pada jam 10 malam, berbanding paras bahaya 44.5 meter.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), ketika dihubungi mengesahkan usaha membantu 25 hingga 30 keluarga di sekitar Sungai Temin, khusus di Kampung Baru, dekat sini, sedang dijalankan.

jpam

Antaranya termasuk seorang wanita warga emas, Cempawan Shafie, 73, yang menghidap kencing manis kronik yang terpaksa dipindahkan ke rumah anaknya di Batu 13, di sini, selepas kediamannya dimasuki air.

“Kita terpaksa membantu memindahkan warga emas itu kira-kira jam 9.40 malam selepas parit berdekatan rumahnya mula melimpah sehingga memasuki kawasan rumah, malah paras air juga semakin meningkat.

“Apa pun, kita sudah kerahkan anggota untuk membantu semua keluarga terbabit berpindah sebagai langkah berjaga-jaga. Sehingga kini, tiada pusat pemindahan rasmi dibuka dan keluarga terbabit akan dibantu berpindah ke rumah saudara terdekat sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.BANJIR

Berdasarkan maklumat JPS, selain Sungai Temin yang direkod melebihi paras bahaya, dua lagi stesen pemantau di Kedah iaitu di Sungai Terap di Durian Burung dan Sungai Bata di Padang Pasir, masing-masing direkod melebihi paras amaran.

Stesen Sungai Terap merekodkan bacaan 42.65 meter yang menyamai paras amaran, manakala Sungai Bata pula direkodkan 21.56 meter berbanding 21.55 paras amaran.

Turut direkod melebihi paras amaran ialah stesen pemantau di Sungai Buluh di Kampung Batu di Perlis, yang mencatat bacaan 25.72 meter

 

-Bharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");