Jenayah

Bas ekspres terbabas, sembilan cedera

Jawi: Sembilan cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan melanggar lori membawa tong gas di Kilometer 153.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Jawi, jam 11.35 malam tadi.

Bas berkenaan dalam perjalanan dari Perlis menuju ke Johor Bahru dengan membawa dua pemandu dan 26 penumpang.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.41 malam sebelum sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap serta dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sembilan mangsa yang cedera membabitkan enam wanita dan tiga lelaki dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Kami mengambil sedikit masa untuk mengeluarkan pemandu bas yang tersepit manakala kebanyakan mangsa lain hanya cedera ringan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");