Jenayah

CAP Desak BNM Mansuhkan Faedah Kadar Rata Membebankan

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Bank Negara Malaysia memansuhkan faedah kadar rata yang dipratikkan bank tempatan sama ada melibatkan pinjaman peribadi atau pun sewa beli.

Presidennya SM Mohamed Idris turut mendakwa sistem itu mengaut keuntungan berlipat kali ganda menerusi pelaksanaan pembayaran balik pinjaman yang tidak menggunakan kaedah pengurangan baki modal.

Katanya, ia terkandung dalam Peraturan 78 yang sudah lama digunakan sistem perbankan di Malaysia untuk mengiktiraf keuntungan atau faedah belum perolehan.

“Kesan penggunaan Peraturan 78 ini menyebabkan peminjam terpaksa melunaskan baki pinjaman tinggi walaupun sudah lama membayar hutang mereka,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau mendakwa sistem itu dilihat sebagai tidak memihak kepada pengguna kerana denda akan dikenakan sekiranya mereka melunaskan pinjaman lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, SM Mohamed berkata sudah tiba masanya bagi Bank Negara mengeluarkan arahan kepada bank tempatan supaya menggunakan kaedah pengurangan baki bagi segala bentuk pinjaman untuk mengurangkan beban pengguna.

Katanya, CAP turut mencadangkan supaya satu dasar atau kaedah yang lebih memihak kepada pengguna diwujudkan bagi menggantikan Peraturan 78 yang telah dimansuhkan di United Kingdom sejak 2005.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");