Membawang Hari Ini

Cedera Tulang Belakang, Shindong Tunda Latihan Tentera

BARU-BARU ini ahli kumpulan Super Junior, Shindong dilaporkan akan menyertai satu latihan ketenteraan yang wajib dihadiri oleh kaum lelaki di Korea Selatan bermula 25 November ini.

Bagaimanapun menurut laporan Koreaboo, syarikat pengurusannya, SM Entertainment (SME) mengumumkan bahawa latihan itu terpaksa ditundakan atas sebab kesihatan Shindong yang tidak mengizinkan.

“Shindong mengalami kecederaan tulang belakang yang teruk ketika menjalani penggambaran dan akan menangguhkan latihan ketenteraan ke tarikh lain,” kata wakil daripada SME.

Jika mengikut perancangan asal, Shindong akan meninggalkan dunia hiburan selama dua tahun dan menyambung semula kontrak bersama kumpulan Super Junior selepas tamat latihan ketenteraan tersebut.

Sementara itu, Super Junior kini sedang sibuk dengan konsert jelajah Super Show 6.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");