Membawang Hari Ini

Che Ta selamat lahirkan bayi perempuan

PELAKON jelita, Rozita Che Wan, dilaporkan telah selamat melahirkan anak perempuan di Hospital Ampang Puteri, Petaling Jaya, petang tadi.

Menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) Officialhlive, Zain Saidin, Zain memaklumkan menerima kehadiran insan baharu itu jam 2.18 petang tadi.

“Alhamdulillah, saya bersyukur bayi selamat dilahirkan, isteri (Che Ta) pun selamat. Semua berjalan dengan lancar. Alhamdulillah,” katanya seperti yang dipetik melalui video pendek yang dirakamkan melalui laman IG Officialhlive.

Zain yang berkali-kali mengucapkan rasa syukur turut menyatakan penghargaan ke atas semua pihak yang memberi sokongan terhadap keluarganya.

Rozita Che Wan, 41, berkahwin dengan pasangannya, Zain pada 11 Disember 2013.

Ini adalah anak pertama hasil perkahwinan pasangan selebriti ini.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");