Berita Hari Ini, Perak Hari Ini

Cuti Anggota Bomba dan Penyelamat di Negeri-Negeri Terlibat Banjir Dibekukan

BATU KURAU : Cuti anggota bomba dan penyelamat di negeri-negeri yang terlibat dengan banjir akan dibekukan sehingga banjir yang melanda negeri terbabit pulih sepenuhnya.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, semua anggota terbabit juga akan bersiap-siaga dalam tempoh 24 jam untuk menghadapi banjir.

Menurut Wan Mohd. Nor, anggota bomba dan penyelamat di negeri-negeri lain juga perlu bersedia untuk dikerahkan sekiranya tenaga mereka diperlukan untuk membantu memindah dan menyelamat mangsa banjir.

“Kita akan melihat keadaan ini dari masa ke semasa. Biasanya kalau negeri tu banjir, anggota bomba di negeri berkenaan akan dibekukan cuti dan sekiranya merebak dan memerlukan bantuan.

“Kita akan ambil mobilise dari negeri-negeri lain juga… kata lah perak banjir… kita boleh mobilise dari selangor dari kedah untuk membantu di Perak ni.. maknanya negeri-negeri yang terlibat itu juga akan dibekukan cuti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan kunci rumah Projek Pembinaan Rumah Kejiranan Indah di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan di Kampung Relang, Batu Kurau, di sini, pagi tadi.

Wan Mohd. Nor berkata, cuti anggota bagaimanapun hanya akan dibekukan apabila banjir diisytiharkan oleh pihak berkuasa di sesebuah kawasan.

Ujar beliau, 10,000 anggota bomba dan penyelamat sedia digerakkan untuk memindah dan menyelamat mangsa sekiranya berlaku banjir besar di seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Katanya, tugas kecemasan sepanjang musim banjir juga akan dibantu oleh 13,000 sukarelawan bomba dan penyelamat terlatih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");